Archived News

Hyundai-Sime Darby Berhad

Hyundai-Sime Darby Berhad (HSD) bakal melabur RM14 juta untuk menaiktarafkan kapasiti pengeluaran kilang Inokom kepada 30,000 kenderaan setahun daripada 20,000 kenderaan sebelum ini. Pengembangan ini bakal direalisasikan pada tahun 2005/2006 untuk menyahut permintaan yang menggalakkan daripada kenderaan terurai pasang (CKD), INOKOM.

“Hyundai-Sime Darby Berhad adalah antara lima pengedar kereta yang terbaik di Malaysia dan kami berazam untuk menguatkan lagi kedudukan ini. Kami yakin dengan produk dan strategi syarikat untuk memberikan saingan yang hebat di industri automotif negara”, kata Dato’ Ahmad Zubir Murshid, Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad.

“Selain model Atos, Matrix dan Tucson, kami bercadang untuk membawa masuk kereta mewah sukan (berkuasa tinggi) coupe’, kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta salun yang lain untuk meningkatkan bahagian di dalam pasaran automotif negara”, tambah Dato’ Zubir lagi.

Menurut Dato’ Zubir, langkah itu diambil bagi mengambarkan nama baik pemegang saham syarikat itu yang konsisten dengan strategi perniagaan untuk menembusi pasaran massa bagi sektor kereta penumpang.

Sime Darby juga telah memuktamadkan pemerolehan 51 peratus sahamnya di dalam HSD, 51 peratus di dalam Hyumal Motors Sdn Bhd (Hyumal) dan 36 peratus di dalam INOKOM Corporation Sdn Bhd (Inokom) pada 6 December 2004. Berikutan itu, Sime Darby telah menambahkan pegangan saham kepada 97.5 peratus di dalam HSD dan 51 peratus di dalam Inokom melalui tawaran pengambilalihan.

Hyumal adalah pengimport kereta CBU (komponen siap pasang yang diimport) manakala Inokom pula adalah pengeluar model kereta Hyundai CKD (komponen terurai sepenuhnya yang dipasang di Malaysia). Hyundai Sime Darby Motors Sdn Bhd adalah subsidiari kepada HSD, akan terus menjadi pengedar tunggal dan esklusif kereta CBU dan CKD yang diimport dan dikeluarkan oleh Hyumal serta Inokom.

Dengan adanya Sime Darby, operasi dan strategi ketiga-tiga syarikat ini akan dapat diselaraskan untuk menguatkan kedudukan Hyundai sebagai imej yang terbaik di Malaysia.

Beliau menambah, Sime darby telah merangkakan beberapa inisiatif untuk mengukuhkan kedudukan Hyundai di pasaran tempatan termasuk merancang untuk menambah tujuh hingga lapan bilik pameran dan pusat servis dan mempertingkatkan imej syarikat melalui pengimportan model baru Hyundai dari Korea Selatan.

 

COPYRIGHT 2005 HYUNDAI-SIME DARBY MOTORS SDN BHD