Dasar Privasi dan Terma Penggunaan

Hyundai-Sime Darby
Motors Sdn Bhd komited
dalam memastikan
privasi maklumat anda.

1. Umum

Selamat datang ke laman web kami. Jika anda terus menyemak imbas dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan, yang bersama dengan dasar privasi kami mentadbir hubungan Sime Darby Motors (“Sime Darby Motors”) dengan anda berhubung laman web ini.

Istilah “Sime Darby Motors” atau “kami” merujuk kepada:-

  1. pemilik laman web yang pejabat berdaftarnya adalah di Tingkat 1, Lot 33, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia; dan/atau

  2. mana-mana satu (1) motor operasi unit yang menjalankan perniagaan pengedaran, penjualan dan/atau servis kenderaan di Malaysia seperti berikut:-

(b.i) Auto Bavaria, divisi di bawah Sime Darby Motor Division Sdn Bhd
(b.ii) Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd
(b.iii) Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd
(b.iv) Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd
(b.v) Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd (b.vi) Sime Darby Auto Italia Sdn Bhd (b.vii) Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd (b.viii) Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd

Istilah “anda” merujuk kepada pengguna atau pemerhati laman web kami.

Sime Darby Motors berhak untuk meminda terma dan syarat penggunaan dan kandungan laman web tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

2. Dasar Privasi

Dasar privasi; menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Malaysia; menetapkan bagaimana Sime Darby Motors menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada Sime Darby Motors apabila anda menggunakan laman web ini.

Sime Darby Motors komited dalam memastikan anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda untuk memberikan maklumat tertentu yang menyebabkan anda boleh dikenal pasti semasa menggunakan laman web ini, maka yakinilah bahawa ia hanya akan digunakan selaras dengan penyataan privasi ini.

Sime Darby Motors mungkin menukar dasar ini dari masa ke semasa dengan mengemas kini halaman ini. Anda perlu menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda berpuas hati dengan sebarang perubahan. Dasar ini berkuat kuasa dari 1 Januari 2013.

Dasar privasi ini keberkesanan kepada segala maklumat yang diberi atau dikumpulkan melalui laman web ini.

2.1 Apa yang kami ambil


Kami mungkin mengambil maklumat berikut:
  • Nama, nama syarikat dan jawatan kerja
  • Maklumat hubungan termasuk alamat, nombor telefon and alamat e-mel
  • Maklumat demografi seperti poskod, keutamaan dan minat
  • Maklumat peribadi seperti borang EA, agama, tarikh lahir, umur*
  • Maklumat lain yang berkaitan dengan tinjuan pembelian kenderaan, tinjuan pelanggan dan/atau lain-lain
  • *Maklumat peribadi ini diperlukan sekiranya anda menginginkan kami membantu anda memasukkan permohonan untuk mendapatkan pinjaman sewa-beli untuk membiayai pembelian kenderaan.



    2.2 Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami ambil


    Kami memerlukan maklumat ini untuk memahami keperluan anda dan memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik, dan secara khusus untuk tujuan berikut:

  • Pemeriksaan dan pendaftaran kenderaan ke atas nama tuanpunya kenderaan di jabatan-jabatan berkenaan termasuk Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya.

  • Penyimpanan rekod dalaman termasuk pengemaskini rekod servis/kerja pembaikan kenderaan. Maklumat tersebut akan digunakan oleh kami, servis ‘dealer’ yang terlantik, agen dan/atau kontraktor agar dapat memberi kerja servis dan/atau pembaikan serta berkomunikasi dengan anda atas apa-apa perkara mengenai kerja servis dan/atau pembaikan secara am keseluruhannya.
  • Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan.

  • Kami mungkin menggunakan maklumat untuk menyesuaikan laman web.

  • Pengaktifan waranti kenderaan dengan syarikat pengimport/pengedar kenderaan dan/atau pengilang kenderaan yang berada di luar Malaysia dan pengaktifan waranti lanjutan kenderaan dengan syarikat insuran yang berkenaan.

  • Kami mungkin memberi maklumat kepada servis ‘provider’, agen dan/atau kontraktor dari masa ke semasa untuk membantu kami untuk melakukan promosi kenderaan serta servis kepada anda dan anda mempunyai opsyen untuk memilih samada untuk menerima pemasaran langsung ataupun tidak daripada kami dengan menggunakan cara yang dirujukkan dalam perkara no. II.3 di bawah.

  • Menjalankan analisis statistik dan termasuk pemberian maklumat kepada pusat servis pelanggan untuk menjalankan penyelidikan dan analisi agar kami dapat mengadakan pengawalan dan memperbaiki servis yang kami berikan kepada pelanggan kami; ataupun untuk proses administrasi dan analisis statistik.



  • 2.3 Keselamatan


    Kami komited dalam memastikan maklumat anda dilindungi. Dalam usaha untuk mencegah akses atau pendedahan tanpa kebenaran, kami telah meletakkan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai untuk melindungi maklumat yang kami ambil melalui ‘online’.

    Kami tidak menjual, mengedar atau memajak maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan kami telah mendapatkan kebenaran daripada anda ataupun diperlukan oleh undang-undang.

    Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat promosi mengenai pihak ketiga yang kami rasakan mungkin menarik minat anda jika anda memberitahu kami yang anda ingin ini berlaku.

    Anda boleh memilih untuk menghadkan pengambilan atau penggunaan maklumat peribadi anda dengan cara berikut:-

  • Apabila anda diminta untuk mengisi borang pada laman web, cari kotak yang anda boleh klik untuk menunjukkan bahawa anda tidak langsung mahu maklumat digunakan oleh sesiapa untuk tujuan pemasaran.

  • Jika, sebelum ini, anda bersetuju dengan kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh mengubah fikiran pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel kepada kami dengan perkara “Unsubscribe” kepada:-

    1. - e-mel: hyundai.unsubscribe@simedarby.com..

    2. memberi kami maklumat yang lengkap agar kami dapat mengenalpasti anda (seperti nombor akaun anda, nama pengguna anda, nombor pendaftaran kenderaan).

    3. sekiranya tujuan anda adalah membantah bukan terhadap pemasaran langsung tetapi adalah bantahan terhadap cara komunikasi pemasaran langsung dihantar kepada anda (seperti sms, e-mel ataupun telefon), sila beritahu cara komunikasi yang anda bantah.


    2.4 Penyimpanan maklumat peribadi


    Tuanpunya kenderaan kebiasaannya akan memandu kenderaan mereka untuk tempoh yang agak lama. Sedemikian, kami akan menyimpan maklumat anda serta maklumat kenderaan anda untuk jangkamasa seperti berikut:-

  • lima (5) tahun dari tarikh:-
  • - anda didaftarkan sebagai tuanpunya kenderaan tersebut; atau - pihak lain memberitahu bahawa beliau/mereka adalah tuanpunya kenderaan yang baru

  • lima (5) tahun dari:-
  • - tarikh waranti kenderaan diaktifkan dengan pihak pengilang kenderaan di luar Malaysia dan/atau tarikh waranti lanjutan kenderaan diaktifkan dengan syarikat insuran; atau - tarikh terakhir kenderaan dihantar ke pusat servis kami untuk diservis ataupun dilakukan kerja pembaikan ke atas kenderaan tersebut.

  • satu (1) tahun dari tarikh anda memberi maklumat dan/atau informasi kepada kami melalui laman web ini dan/atau borang persetujuan kami apabila anda melawati kami dan/atau pihak penjual dan/atau pihak servis yang terlantik.


  • 2.5 Bagaimana kami menggunakan kuki


    Kuki adalah fail kecil yang meminta kebenaran untuk diletakkan pada pemacu keras komputer anda. Sebaik sahaja anda bersetuju, fail ditambah dan kuki membantu menganalisis lalu lintas web atau memberitahu anda apabila anda melawat laman tertentu. Kuki membenarkan aplikasi web untuk memberi maklum balas kepada anda sebagai individu. Aplikasi web dapat menyesuaikan operasinya untuk memenuhi keperluan anda, perkara yang disukai dan tidak disukai dengan mengumpul dan mengingati maklumat mengenai pilihan anda.

    Kami menggunakan kuki log lalu lintas untuk mengenal pasti halaman mana yang digunakan. Ia membantu kami menganalisis data mengenai lalu lintas halaman web dan memperbaiki laman web kami untuk mengikuti keperluan pelanggan. Kami hanya menggunakan maklumat ini untuk tujuan analisis statistik dan kemudian, data itu akan dikeluarkan daripada sistem.

    Secara keseluruhan, kuki membantu kami memberikan anda laman web yang lebih baik, dengan membolehkan kami memantau halaman mana yang anda dapati berguna dan yang mana tidak berguna. Kuki tidak akan memberikan capaian kepada komputer anda atau sebarang maklumat mengenai anda, selain daripada data yang anda pilih untuk kongsikan dengan kami.

    Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan penyemak imbas web secara automatik menerima kuki, tetapi biasanya anda boleh mengubah suai tetapan penyemak imbas anda untuk menolak kuki jika anda mahu. Ini mungkin menghalang anda daripada mengambil manfaat yang sepenuhnya daripada laman web ini.



    2.6 Pautan kepada laman web lain


    Laman web kami mungkin mengandungi pautan untuk membolehkan anda melawati laman web kumpulan syarikat kami dan laman web pihak ketiga yang dipilih dengan mudah. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda telah menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman kami, anda perlu sedia maklum bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan pada laman web lain itu. Oleh kerana itu, kami tidak bertanggungjawab untuk perlindungan dan privasi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melawati laman seperti itu dan laman seperti itu tidak ditadbir oleh kenyataan privasi ini. Anda perlu berjaga-jaga dan melihat pada kenyataan privasi yang berkenaan dengan laman web tersebut.



    2.7 Mengawal maklumat peribadi anda


    Anda boleh meminta:-

  • sesalinan maklumat peribadi anda yang kami simpan (di mana kami mungkin mengenakan bayaran yang minima) untuk memberi akses kepada maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, anda boleh:-

    1. masukkan permintaan anda secara bertulis;

    2. memberi pengesahan mengenai identiti dan alamat anda (contoh adalah seperti – sesalinan lesen memandu dan bill kad kredit yang terbaru); dan

    3. memberitahu mana-mana/jenis maklumat peribadi anda yang anda ingin lihat, termasuk akaun ataupun nombor rujukan, jikalau ada.


  • pembetulan terhadap apa-apa kesalahan yang didapati pada maklumat peribadi anda tanpa pengenaan apa-apa bayaran. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, anda boleh:-

    1. masukkan permintaan anda secara bertulis;

    2. memberi maklumat lengkap agar kami dapat mengenalpasti identity anda (contoh adalah seperti – nombor akaun, nama pengguna, nombor pendaftaran kenderaan); dan

    3. memberitahu apa-apa maklumat peribadi anda yang salah serta pembetulan terhadap maklumat peribadi anda yang salah.

     

    3. Terma Penggunaan

    Penggunaan laman web ini tertakluk kepada terma penggunaan berikut:

    • kandungan halaman laman web ini adalah untuk maklumat dan kegunaan umum sahaja. Ia tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

    • kami mahupun mana-mana pihak ketiga tidak memberikan sebarang ganti rugi atau jaminan kepada ketepatan, ketepatan masa, pretasi, kesempurnaan atau kesesuaian maklumat dan bahan yang ditemui atau diberikan pada laman web ini untuk sebarang tujuan tertentu. Anda mengakui bahawa maklumat dan bahan seperti itu mungkin mengandungi ketidaktetapan atau ralat dan kami dengan jelas tidak bertanggungjawab untuk sebarang ketidaktepatan atau ralat setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang.

    • Penggunaan sebarang maklumat atau bahan anda pada laman web ini adalah secara keseluruhannya pada risiko anda sendiri untuk yang mana kami tidak bertanggungjawab. Ia akan menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan sebarang produk, perkhidmatan atau maklumat yang tersedia melalui laman web ini memenuhi keperluan khusus anda.

    • Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki atau diberi lesen kepada kami. Bahan ini termasuk, tetapi, tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang selain daripada menurut notis hak cipta, yang membentuk sebahagian daripada terma dan syarat.

    • Semua tanda dagangan yang dihasilkan semula dalam laman web ini, yang bukan harta, atau diberi lesen kepada kami, diperakui pada laman web.

    • Penggunaan tanpa kebenaran laman web ini mungkin membawa kepada tuntutan untuk kerosakan dan/atau menjadi kesalahan jenayah.

    • Dari masa ke semasa, laman web ini juga mungkin memasukkan pautan kepada laman web lain termasuk kumpulan syarikat Sime Darby Berhad. Pautan ini diberikan untuk kemudahan anda untuk memberikan maklumat lanjut. Selain daripada laman web kumpulan syarikat Sime Darby Berhad, kami tidak memberi pengesahan kepada laman web pihak ketiga yang lain. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman web bagi pihak ketiga yang dipautkan laman-laman web.

    • Anda tidak boleh membuat pautan kepada laman web ini dari laman web ataupun dokumen lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis Sime Darby Motors terlebih dahulu.

    • Penggunaan laman web ini dan sebarang pertikaian daripada penggunaan laman web ini oleh anda adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

     

    4. Penafian Laman Web

    Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat ini diberikan oleh Sime Darby Motors dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat itu terkini dan betul, kami tidak mewakili atau memberi waranti bagi sebarang jenis, secara jelas atau tersirat, mengenai kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berhubung laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik berkaitan yang terkandung pada laman web untuk sebarang tujuan. Sebarang kebergantungan yang anda letakkan ke atas maklumat itu adalah sama sekali di atas risiko anda sendiri.

    Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian, secara tidak langsung atau berbangkit atau kerosakan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan apa jua pun yang timbul daripada kehilangan data atau kekurangan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan penggunaan laman web ini.

    Melalui laman web ini, anda boleh memautkan ke laman web lain yang bukan di bawah kawalan Sime Darby. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas keadaan, kandungan dan ketersediaan laman tersebut. Kemasukan sebarang pautan tidak semestinya membayangkan cadangan atau menyokong pandangan yang dinyatakan di dalamnya.

    Setiap usaha dilakukan untuk memastikan laman web ini berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, Sime Darby Motors tidak bertanggungjawab ke atas laman web yang tergendala buat sementara waktu disebabkan oleh isu teknikal yang di luar kawalan kami.

    5. Notis Hak Cipta Dan Tanda Dagangan

    Semua hak cipta dalam laman web ini (termasuk teks, grafik, logo, ikon dan rakaman bunyi) dimiliki atau diberikan lesen kepada Sime Darby Motors dan akan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia 1987.

    Sebarang pengedaran semula atau penghasilan semula bagi sebahagian atau kesemua kandungan dalam sebarang bentuk dilarang selain daripada yang berikut:-

    • Anda boleh mencetak atau memuat turun ke ekstrak cakera keras tempatan untuk kegunaan peribadi anda dan bukan komersial sahaja

    • Anda boleh menyalin kandungan kepada pihak ketiga individu untuk kegunaan peribadinya, tetapi, hanya jika anda mengakui laman web sebagai sumber bahan

    Anda tidak boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis yang jelas daripada kami, menyesuaikan, menghasilkan semula, mengedar, membuat kerja terbitan sebarang bahagian daripada laman web ini atau secara komersial, mengeksploitasi kandungan. Anda juga tidak boleh menghantarnya atau menyimpannya di dalam sebarang laman web lain atau bentuk lain yang boleh diperoleh semula secara elektronik.

    Adobe®, Acrobat® dan Reader® adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi Adobe Systems Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain – untuk butiran lanjut, sila lihat http://www.adobe.com/.

    Microsoft®, Word®, Excel®, PowerPoint®, Windows® dan Silverlight™ adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain – untuk butiran lanjut, sila lihat http://www.microsoft.com.

    WinZip® adalah tanda dagangan WinZip International LLC – untuk butiran lanjut, sila lihat http://www.winzip.com.

    Hyundai Sime-Darby Motors
    Jalan Pelukis U1/46 Kawasan Perindustrian Temasya Shah Alam, Selangor 40150 MY
    Phone: 1300-13-2000 Website: https://www.hyundai.com.my